top of page

Walscheid juarai Peringkat 3 LTdL

KUALA LUMPUR: Pelumba NTT Pro Cycling Team, Max Walscheid memenangi Peringkat 3 PETRONAS Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 dari Temerloh ke Kuala Lumpur, sebentar tadi.


Walscheid menemui garisan penamat di hadapan bangunan Menara Berkembar PETRONAS dengan catatan tiga jam 51 minit 42 saat dalam perlumbaan yang menyaksikan penamat beramai-ramai itu.


Tempat kedua dimenangi Riccardo Minali dari pasukan Nippo Delko Provence manakala Ahmet Orken (Team Sapura Cycling) melengkapkan pentas podium.


Sementara itu, rakan sepasukan Orken yang juga pelumba tempatan, Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff menyarung jersi merah (Raja Bukit) selepas menguasai dua daripada tiga zon pendakian.


#PETRONASLTDL2020

#PengejarImpian



Berita Harian, 9 Februari 2020

bottom of page