Volkswagen Tiguan jadi kenderaan rasmi LTDL 2020

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) kembali menjadi rakan automotif rasmi bagi acara perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi (LTDL) untuk edisi ke-25 tahun ini. Ia merupakan kali ketiga Volkswagen bertindak sebagai Penaja Kenderaan Rasmi sejak tahun 2016.


Sebagai rakan automotif rasmi, VPCM menyediakan 120 unit Tiguan Highline yang bakal digunakan sepanjang perlumbaan oleh pelumba, marshal keselamatan dan para pegawai. Tiguan merupakan SUV Volkswagen yang telah mendefinisikan semula standard baharu dari segi reka bentuk, keselesaan dan fungsi.


SUV ini direka dengan sempurna bermula daripada milimeter pertama hinggalah yang terakhir, menawarkan ruang yang luas dan fleksibel. Ternyata Tiguan berjaya menarik minat pemandu dan mereka yang sudah berkeluarga sebagai sebuah kenderaan serba guna. Maka tidak hairanlah, lima juta unit Tiguan telah terjual di seluruh dunia setakat ini.


Tiguan menggandingkan enjin turbo pancitan terus 1.4L TSI dengan kotak gear klac basah direct shift (DSG) untuk memberikan output luar biasa 150PS dan 250Nm daya kilas antara 1,500 hingga 3,500rpm. Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter menyatakan pihaknya berbesar hati kerana sekali lagi dapat menjadi sebahagian daripada pertandingan lumba basikal paling terkenal di dunia.


Kata beliau, mereka amat gembira kerana dapat kembali menjadi sebahagian dari LTDL pada tahun ini ketika perlumbaan itu meraikan jubli peraknya. Pihaknya yakin Tiguan cukup sesuai untuk memberi sokongan kepada pasukan operasi dari segi keselamatan, ketahanan, pemanduan lincah dan laju.


Le Tour de Langkawi merupakan perlumbaan basikal pelbagai peringkat yang telah menerima banyak pengiktirafan. Ia kini dikenali sebagai antara acara penting dalam kalendar perlumbaan basikal yang sentiasa menarik penyertaan pelumba terbaik dunia.



Funtasticko.net, 7 February 2020

MEDIA

RACE EXPERIENCE

INFORMATION

SOCIAL

25TH ANNIVERSARY

ARCHIVE

Organiser of PETRONAS Le Tour de Langkawi 2020. 165-5-12 Wisma Mutiara, Jalan Sungai Besi, 57100 Kuala Lumpur, Malaysia.

Copyright © 2020 Le Tour de Langkawi. All Rights Reserved. Managed by Human Voyage (M) Sdn. Bhd (733191-V).