Kini hanya Hariff akan berjuang bersama rakan pasukan yang lain bagi membantu pasukan nombor satu benua Asia, Terengganu Inc Cycling Team (TSG) mengejar kegemilangan di LTdL yang memasuki edisi ke-25 tahun ini.
Ditanya mengapa memutuskan untuk menarik diri, Zamri yang menjadi tulang belakang kejayaan Hariff sebelum ini berkata, keputusan berat itu terpaksa diambil kerana tahap kesihatannya yang tidak membolehkannya berlumba dalam perlumbaan bertaraf tinggi.
“Ramai yang bertanya kepada saya sama ada saya akan menyertai perlumbaan LTdL kali ini atau tidak dan di sini saya ingin maklumkan bahawa saya tidak akan bersama TSG di LTdL kali ini.
“Memandangkan tahap kesihatan dan status perlumbaan yang mempunyai tahap yang tinggi bagi saya ia amat sukar.
“Insya-Allah sekiranya kesihatan saya sudah pulih sepenuhnya, saya akan kembali berkayuh untuk terus membantu pasukan dan juga Malaysia. Terima kasih kepada peminat The Samseng Brothers yang selalu bertanya dan memberi sokongan kepada kami. Sokongan anda semua amat saya hargai,” katanya.
Harian Metro, 3 Februari 2020 @ 8:20 PM