top of page

PETRONAS LTdL 2022 FAN RIDE DI KEMASIK MERIAH


KEMASIK, Terengganu, 17 Sept - PETRONAS Le Tour de Langkawi 2022 Fan Ride berlangsung meriah di Kemasik, Terengganu hari ini. Lebih 700 peserta menyertai Fan Ride tersebut yang dianjurkan khusus bagi menyemarakkan lagi penganjuran PETRONAS LTdL tahun ini. Acara bermula pada pukul 8 pagi di perkarangan Mesra Mall Kemasik dan para peserta berkayuh sejauh 40 kilometer. Selain Fan Ride, acara-acara promosi lain yang turut dianjurkan sempena penganjuran PETRONAS LTdL 2022 ini adalah Breakfast Stop yang diadakan di beberapa stesen Petronas terpilih di seluruh negara. Edisi ke-26 PETRONAS LTdL akan berlangsung pada 11 hingga 18 Oktober ini dan bakal melalui beberapa buah negeri di semenanjung iaitu Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Kemuncak acara akan berlangsung di pulau legenda, Pulau Langkawi, Kedah pada 17 dan 18 Oktober nanti.

bottom of page