top of page

Peringkat 6 milik Nakane

PULAU PINANG: Pelumba pasukan Nippo Delko Provence, Hideto Nakane meraih kemenangan Peringkat 6 PETRONAS Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 dari Taiping ke Pulau Pinang, sebentar tadi.


Nakane melengkapkan layuhan sejauh 150.9 kilometer (km) itu dengan catatan tiga jam 29 minit 15 saat.


Tempat kedua dimenangi Gleb Brussenskiy dari pasukan Vino Astana Motors manakala Samuele Battistella (NTT Pro Cycling Team) melengkapkan pentas podium dengan catatan 3:29:19s.



Berita Harian, 12 Februari 2020

bottom of page