Perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) kembali lagi ke Sabah pada tahun 2020. Acara ini pernah menjadikan Sabah sebagai salah satu laluan pada tahun 1997.
Untuk makluman semua, pasukan-pasukan yang bertanding dalam LTdL 2020 akan diperkenalkan pada 05/02/2020 @ 6.30 petang di Padang Merdeka, Kota Kinabalu manakala Perlumbaan Criterium akan dijalankan pada 06/02/2020 @ 8.30 pagi melibatkan laluan dalam bandaraya Kota Kinabalu.
✅ LALUAN PERLUMBAAN CRITERIUM LTdL 2020 DI KOTA KINABALU
Terdapat 6 jalanraya utama dalam daerah Kota Kinabalu yang akan menjadi laluan perlumbaan ini iaitu:
🚦 MULA: LAMPU ISYARAT DBKK – JALAN K.K BYPASS – BULATAN CAPITOL – JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN – JALAN TUARAN – LAMPU ISYARAT STADIUM – JALAN STADIUM– BULATAN STADIUM – JALAN ISTIADAT – BULATAN ISTIADAT – JALAN TUN FUAD STEPHEN – BULATAN PERKASA/ BUNGA RAYA – JALAN KK BYPASS – TAMAT 🔚
🔴 Nota: Perlumbaan Criterium berlangsung sebanyak 9 pusingan di laluan yang sama dengan jarak keseluruhan sejauh 90KM.
✅ PENUTUPAN JALAN
⛔️ Jalan K.K Bypass (Ditutup satu arah iaitu dari bulatan Bunga Raya hingga bulatan Capitol). Jalan dari arah bulatan Bunga Raya ke bulatan Capitol ditutup sepenuhnya pada 06/02/2020 @ jam 12.00 tengah malam sehingga acara selesai pada 06.02/2020 jam l/kurang 12.00 tengahari. Manakala arah bertentangan akan ditutup secara on/ off bergantung keadaan lalulintas dan akan dibantu oleh petugas Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), PDRM Sabah.
⛔️Jalan Tunku Abdul Rahman (Ditutup satu arah iaitu dari arah bulatan Capitol hingga flyover Karamunsing). Jalan ditutup pada 06/02/2020 @ 7.00pagi hingga 12.00 tengahari (selesai). Arah bertentangan berjalan seperti biasa.
⛔️ Jalan Tuaran (Ditutup satu arah iaitu dari arah flyover Karamunsing hingga lampu isyarat Damai/ jalan stadium). Jalan ditutup pada 06/02/2020 @ 7.00pagi hingga 12.00 tengahari (selesai). Arah bertentangan berjalan seperti biasa.
⛔️ Jalan Stadium (Ditutup satu arah iaitu dari arah lampu isyarat Damai/jalan Stadium hingga ke bulatan Golf range. Jalan ditutup pada 06/02/2020 @ 7.00pagi hingga 12.00 tengahari (selesai). Arah bertentangan berjalan seperti biasa.
⛔️ Jalan Istiadat (Ditutup satu arah iaitu dari arah bulatan Golf range hingga bulatan Istiadat. Jalan ditutup pada 06/02/2020 @ 7.00pagi hingga 12.00 tengahari (selesai). Arah bertentangan berjalan seperti biasa.
⛔️ Jalan Tun Fuad Stephen (Ditutup satu arah iaitu dari arah bulatan Istiadat hingga bulatan Bunga Raya). Jalan ditutup pada 06/02/2020 @ 7.00pagi hingga 12.00 tengahari (selesai). Arah bertentangan berjalan seperti biasa.
✅ LENCONGAN JALAN / LALUAN ALTERNATIF (MASUK BANDAR)
🔛 Kenderaan kenderaan dari arah Jalan Tun Fuad Stephen dari arah utara bermula bulatan masjid Bandaraya dilencongkan ke jalan Pasir fan seterusnya ke jalan Tuaran untuk masuk ke pusat bandar.
🔛 Kenderaan dari arah Jalan Tun Fuad Stephen bermula bulatan Istiadat dilencongkan ke jalan Istiadat/ jalan Stadium/ lampu isyarat Damai dan seterusnya pengguna jalan boleh masuk ke pusat bandar dengn menyambung perjalanan di jln Tuaran mahupun jalan Damai/ jalan Kolam.
🔛 Kenderaan kenderaan dari utara yang melalui jlan Tuaran atau jaln Tuaran Bypass boleh menggunakan jlan Lintas/ jalan Kolam untuk masuk ke pusat bandar.
🔛 Tiada lencongan bagi kenderaan kenderaan dari arah timur (Penampang, Tambunan dsb) dan kenderaan dari arah selatan (Putatan, Papar, Beaufort dsb). Aliran jalanraya bergerak seperti biasa.
✅ LENCONGAN JALAN / LALUAN ALTERNATIF (KELUAR BANDAR)
🔛 Kenderaan dari arah pusat bandar menghala utara (Tuaran, Kota Belud dsb) boleh menggunakan jalan Tun Fuad Stephen untuk keluar dari pusat bandar.
🔛 Kenderaan dari arah pusat bandar juga boleh menggunakan laluan alternatif jalan Tun Fuad Stephen/ jalan Istiadat/ jalan Stadium/ jalan Tuaran/ jalan Damai untuk keluar dari pusat bandar.
🔛 Kenderaan dari pusat bandar yang menghala ke arah timur dan selatan juga boleh menggunakan jalan Coastal/ jalan Sembulan/ Jalan Pintas Kepayan @ jalan K.K-Penampang untuk keluar dari pusat bandar.
🔛 Kenderaan dari arah pusat bandar menghala ke selatan (Putatan, Papar, Beaufort dsb) boleh menggunakan jalan Coastal/ Jalan K.K- Sindumin untuk keluar dari pusat bandar. Laluan ini tidak terlibat dengan laluan perlumbaan Criterium, LTdL 2020 di Sabah. Kenderaan keluar/ masuk di jalan ini bergerak seperti biasa.
✅ NASIHAT KEPADA PENGGUNA JALANRAYA
🔹 Merancang pergerakan/ bergerak lebih awal.
🔹 Mematuhi semua peraturan lalulintas. Petugas petugas JSPT akan membantu pergerakan keluar/ masuk pusat bandar.
🔹 Tidak menghalang laluan/ double park.
🔹 Berkongsi kereta/ Menggunakan kenderaan perkhidmatan awam.
✅ KESIMPULAN
Sepanjang acara perlumbaan criterium LTdL 2020 di Kota Kinabalu ini, pegawai dan anggota PDRM akan ditugaskan secara statik dan rondaan untuk menjalankan tugas kawalan lalulintas, menjalankan tugas rondaan pencegahan jenayah dan penguatkuasaan di lokasi lokasi yang dijangka akan mengalami kesesakan lalulintas terutama persimpangan dan bulatan.
Bah News, 2 Februari 2020