top of page

PENGARAH JBSN PERLIS HADIRI ACARA PENAMAT LE TOUR DE LANGKAWI PERINGKAT KETUJUH

Kangar, 13 Februari 2020 - Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Puan Norhazita binti Kamaludin tidak melepaskan peluang menyaksikan kemeriahan acara Le Tour de Langkawi Peringkat Ketujuh yang bermula di Bagan dan berakhir di Alor Setar baru saja tadi.


Turut sama hadir adalah Penolong Pengarah Sukan, Encik Mohd Hanaffi bin A. Rahman dan Penolong Pengarah Belia, Encik Kamarol Azlan bin Abdull Hamid yang turun padang memeriahkan acara berprestij ini.


Pelumba Malaysia Mohd Harif Salleh Salleh telah memenangi perlumbaan sejauh 130.4 km ini. Tahniah diucapkan. Kita jumpa di pusingan terakhir di Langkawi nanti.



Jabatan Belia dan Sukan Negara, 13 Februari 2020


bottom of page