Kriterium antarabangsa menjadi pembuka tirai Le Tour de Langkawi (LTDL2020) berlangsung meriah di Kota Kinabalu Sabah.
Ia menampilkan jarak pendek namum tetap mencabar sejuah 90km mengelilingi Kota Kinabalu sebanyak 8 pusingan.
Sesi pelepasan 117 pelumba dari 20 pasukan disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Apdal di Padang Merdeka tepat jam 8.30 pagi.
Kelompok besar pelumba mula melakukan break away di pusingan kedua dengan jurang hampir 1 minit meninggalkan platon belakang.
Saingan menyaksikan dua pelumba NTT Maximilian Richard Walscheid menguasai barisan hadapan perlumbaan.
Berbaki dua pusingan kelompok belakang mula mengejar sebelum Walscheid terpantas di garisan penamat dengan catatan masa 1:41:01.
Lebih membanggakan pelumba negara Harrif Saleh yang mewakili Terengganu Inc. TSG Cycling Team meraih tempat kedua.
Sementara Blake Quick dari pasukan St George Continental Cycling Team terpaksa berpuas hati menamatkan saingan di tempat ketiga.
Bahang LTDL 2020 semakin dirasai apabila peringkat pertama akan bermula di Kuching Sarawak esok dimana laluan landai sekali lagi menjadi taruhan dengan jarak sejauh 96.2km mengelilingi bandar Kuching yang bermula dan tamat di Padang Merdeka.
Sukan Malaysia, 7 Februari 2020