KUCHING: Pelumba dari Khazakhstan, Yevgeniy Fedorov dinobatkan juara apabila berjaya memintas 123 pelumba dari 21 pasukan di Perlumbaan Le Tour de Langkawi(LTDL) 2020 edisi ke-25 di Padang Merdeka, semalam.
Catatan masa satu jam 51 minit satu saat membuatkan beliau berjaya melintas saingan terdekat dari Thailand, Thurakit Boonratanathanakorn dengan catatan masa satu jam 51 minit empat saat.
Manakala, pelumba dari Turki, Ahmet Orken hanya meraih tempat ketiga dengan catatan masa satu jam 52 minit 18 saat.
Yevgeniv dari pasukan Vino Astana Motors turut meraih kejayaan apabila mendapat tiga jersi iaitu jersi putih untuk pelumba terbaik Asia, jersi kuning untuk klasifikasi individu menepati masa terbaik dan klasifikasi pelumba terpantas Petronas untuk jersi berwarna hijau.
Beliau akan menyarungkan jersi hijau untuk perlepasan perlumbaan di Terengganu pada keesokan hari (sabtu).
Matteo Pelucchi pelumba dari Italy dianugerahkan jersi merah sebagai pendaki berbasikal terbaik.
Sementara itu, juara LTdL di Sabah tempoh hari Maximilian Richard Walscheid gagal mempertahankan kejuaraannya apabila hanya meraih tempat keempat dengan catatan masa satu jam 52 minit 18 saat.
Selain itu, pelumba yang mewakili Malaysia dari pasukan berbasikal Terengganu Inc TSG, Mohd Harrif Saleh juga turut gagal mempertahankan tempat kedua beliau di Kuching, Sarawak.
Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.
Suara Sarawak, 7 Februari 2020