top of page

Pasukan Giant Cycling dari China, tarik diri dari LTdL 2020

KUALA LUMPUR, 1 Feb - Satu lagi pasukan berpangkalan di China, Giant Cycling sah menarik diri daripada menyertai perlumbaan perlumbaan Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020, susulan penularan wabak Novel Coronavirus.


Giant menjadi pasukan kedua yang menarik diri selepas Hengxiang Cycling atas alasan sama.


Ketua Pegawai Operasi Human Voyage, Shahaizereen A Hamid memberi jaminan penarikan diri itu tidak akan merencatkan perjalanan perlumbaan kali ini.


"Kami memang menjangkakan pasukan satu lagi iaitu pasukan dari China menarik diri memandangkan isu virus ini semakin menular di sana. Kami dah dapat kepastian daripada mereka semalam dan kami sahkan ia satu lagi pasukan dari china tarik diri," jelas Shahaizereen ketika ditemui selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia, di Angkasapuri.


Selaku penganjur, Human Voyage sudah melunaskan tanggungjawab melakukan persiapan yang kini masuk ke fasa akhir.


22 pasukan dijadual mengambil bahagian dalam perlumbaan tertua di Asia itu yang akan bermula pada 6 Februari ini.


Kejohanan itu juga bakal meraikan ulang tahun jubli Perak pada tahun ini.


LTdL 2020 membabitkan jarak keseluruhan 1,114.9 kilometer merentasi sembilan buah negeri.


Berita RTM, 1 Februari 2020

bottom of page