SEJARAH sekali lagi tercipta hari ini apabila Mohd Harrif Saleh dari pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) membuktikan kewibawaan muncul pemenang buat kali kedua pada peringkat 7 PETRONAS Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 dari Bagan ke Alor Setar sejauh 130.4 km.
Henjutan bertenaga Harrif atau Mamat itu berjaya menewaskan pelumba Bardiani CSF Faizane, Matteo Pelucchi dan Taj Jones (Ara Pro Racing) dengan catatan dua jam 53 minit 18 saat dalam aksi penamat beramai-ramai ke garisan penamat.
Ia adalah kemenangan kedua Harrif pada LTdL 2020 yang sebelum ini menguasai peringkat 5 dari Kuala Kubu Bharu ke Ipoh dan ketiga dalam sejarah LTdL.
Harian Metro, 13 February 2020