LTdL: Penganjur akan umum senarai pasukan

Penganjur perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020, Human Voyage, akan mengumumkan senarai penyertaan 22 pasukan dalam masa dua minggu lagi. 

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Operasi LTdL, Shahaizereen Abdul Hamid, yang optimis sekurang-kurangnya enam pasukan jelajah dunia akan menyertai perlumbaan edisi ke-25 itu bulan depan.

Baginya, penganjuran kali ini akan menjadi yang terbaik dengan pelbagai kelainan yang dibawa, antaranya perlumbaan kriterium bagi pelumba bawah usia 23 tahun di Kota Kinabalu, Sabah, sehari sebelum perlumbaan peringkat pertama berlangsung.

Selain itu, satu perlumbaan klasik akan turut diadakan melibatkan pasukan-pasukan juara Asia di Langkawi selepas perlumbaan sebenar tamat.

"Sepanjang penganjuran selama 25 tahun ini, ia kali pertama kami mempunyai tiga perlumbaan yang berbeza.

"Yang pertama adalah kriterium, yang kedua adalah LTdL itu sendiri dan yang ketiga adalah perlumbaan klasik.

"Perlumbaan kriterium dan klasik adalah terbuka, jadi LTdL sahaja perlumbaan berpasukan.

"Kami akan menyenarai akhir dan melakukan hebahan mengenai keseluruhan pasukan yang akan bertanding dalam dua minggu lagi," katanya.

Dalam pada itu, perlumbaan jelajah berprestij Asia berkenaan akan kembali menyenaraikan laluan di Sabah dan Sarawak -- buat kali pertama dalam tempoh 23 tahun -- dengan statusnya kini berubah kepada Siri Profesional yang baru diperkenalkan oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

"Bagi laluan edisi 2020, ada penambahan di dua negeri Malaysia Timur, Sabah dan Sarawak.

"Jadi secara keseluruhan, kami ada lapan peringkat dan dua daripadanya di Sabah dan Sarawak," tambahnya.

Editor: Muzaffar Musa


Stadium Astro, 17 Januari 2020

MEDIA

RACE EXPERIENCE

INFORMATION

SOCIAL

25TH ANNIVERSARY

ARCHIVE

Organiser of PETRONAS Le Tour de Langkawi 2020. 165-5-12 Wisma Mutiara, Jalan Sungai Besi, 57100 Kuala Lumpur, Malaysia.

Copyright © 2020 Le Tour de Langkawi. All Rights Reserved. Managed by Human Voyage (M) Sdn. Bhd (733191-V).