top of page

LTdL 2020; Team Sapura Cycling dinobat Pasukan Terbaik Keseluruhan

LANGKAWI, 14 Feb - Sambutan ke-25 tahun Jubli Perak LTdL ditutup dengan penuh gemilang apabila pasukan tempatan, Team Sapura Cycling, TSC dinobatkan selaku Pasukan Terbaik Keseluruhan.


Tambah manis TSC turut berjaya mempertahankan Jersi Kuning, iaitu jersi keseluruhan pelumba menerusi Danilo Celano dan Jersi Merah selaku Raja Bukit yang disumbang Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff sekaligus melakar sejarah pelumba tempatan meraih jersi itu.


Pelumba NTT Pro Cyling, Maximillian Richard Walscheid memastikan pasukannya membawa pulang dua gelaran juara peringkat di pentas terakhir di Langkawi.


Dari Dataran Lang ke Kuah sejauh 108.5 kilometer, 115 pelumba mengambil bahagian dengan dilepaskan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Walscheid memastikan status selaku Pasukan Jelajah Dunia milik pasukannya tidak tercalar apabila terlebih dahulu melepasi garisan penamat dengan catatan masa 2 jam 29 minit 8 saat.


Tempat kedua milik Luca Pacioni dari Androni Giocattoli Sidermec ketiga Taj Jones dari Ara Pro Racing Sunshine Coast.


Celano berjaya memastikan Jersi Kuning kekal milik pasukannya apabila menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-43 tanpa penolakan masa.



Berita RTM, 15 Februari 2020

bottom of page