LTDL 2020 : PELUMBA NEGARA LAKAR KEJUTAN

Kejohanan Berbasikal Le Tour De Langkawi 2020 memasuki Edisi ke 25 dimana penganjuran ini menaksikan wakil negara berjaya mencipta kejutan dalam kejohanan kali ini.


Pelumba muda dari Setiu, Terengganu, Nur Aiman Zariff, daripada Sapura Cycling (TSC) meletakkan dirinya sebaris dengan dua pelumba negara, Annuar Manan, yang pernah menyarung jersi hijau Raja Pecut pada 2010 dan Adeq Husaini Othman dengan jersi putih Terbaik Asia (2016) selepas unggul menyarung jersi merah Raja Bukit sekali gus muncul atlet sulung kebangsaan meraih gelaran itu.


“Memang tidak menyangka kejayaan ini. Alhamdulillah dapat mencipta sejarah untuk rakyat Malaysia,” katanya.


Kejayaan berganda buat TSC apabila pasukan tempatan itu bangkit selepas bermula dengan kurang baik di peringkat pertama di Kuching, Sarawak, apabila Ahmet Orken didenda 2500 Swiss Franc gara-gara tidak memakai jersi juara kebangsaan, namun menutupkan dengan kejayaan gemilang dan menjadi satu-satunya pasukan tempatan berjaya pertahankan gelaran pasukan terbaik keseluruhan serta raih jersi kuning atau juara keseluruhan menerusi Danilo Celano.


Dalam masa sama, kayuhan Harrif Salleh pula menutup mulut pengkritik apabila dia menjadi pelumba Asia pertama meraih tiga kejuaraan podium sejak mula menyertai LTdL pada 2008.


Dua podium di peringkat kelima dan ketujuh menyaksikan anak kelahiran Terengganu itu mengecewakan pelumba berstatus Jelajah Dunia, Maximillian Walschield, di sebalik fizikalnya yang lebih kecil berbanding lawan.


Edisi kali ini juga menyaksikan kecemerlangan pasukan Team Sapura Cycling (TSC) apabila merangkul gelaran pasukan terbaik keseluruhan serta dua jersi dipertandingkan – jersi kuning (juara keseluruhan) menerusi pelumbanya Danilo Celano dari Itali manakala jersi merah (Raja Bukit) dimiliki Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff.


Jersi hijau (Raja Pecut) dimiliki pelumba Jerman dari NTT Pro, Maximilian Richard Walscheid manakala jersi putih (pelumba terbaik Asia) diraih oleh pelumba Itali, Yevgeniy Fedorov dari pasukan Vino Astana Motors.



Liga Kampung, 15 Februari 2020

MEDIA

RACE EXPERIENCE

INFORMATION

SOCIAL

25TH ANNIVERSARY

ARCHIVE

Organiser of PETRONAS Le Tour de Langkawi 2020. 165-5-12 Wisma Mutiara, Jalan Sungai Besi, 57100 Kuala Lumpur, Malaysia.

Copyright © 2020 Le Tour de Langkawi. All Rights Reserved. Managed by Human Voyage (M) Sdn. Bhd (733191-V).