LTdL 2020: Pelumba Jerman menang perlumbaan peringkat ketiga

KUALA LUMPUR – Pelumba Jerman dari pasukan NTT Pro Cycling Team, Maximilian Richard Walscheid menjuarai peringkat ketiga Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 dari Dataran Temerloh ke Menara Berkembar Petronas, di sini hari ini.


Pelumba berusia 26 tahun, yang memenangi perlumbaan Kriterium Antarabangsa Kota Kinabalu pada Khamis, apabila terlebih dahulu berjaya melepasi garisan penamat dalam satu kelompok yang memecut pada peringkat akhir perlumbaan yang meliputi jarak 162 kilometer itu.


Pelumba Itali, Riccardo Minali dari pasukan Nippo Delko Provence di tempat kedua, manakala pelumba pasukan Team Sapura Cycling dari Turkey, Ahmet Orken, di tempat ketiga.


Ketua Hakim perlumbaan memberikan masa yang sama 3 jam 51 minit dan 42 saat selepas 10 pelumba terbaik menamatkan perlumbaan dalam satu kelompok pecutan. – Bernama



Malaysia Gazette, 9 Februari 2020