LTDL 2020: Banyak laluan utama di Kuching ditutup esok

KUCHING: Sempena penganjuran Perlumbaan Berbasikal Petronas Le Tour De Langkawi 2020 (LTDL 2020) di Kuching yang bermula esok, beberapa jalan utama dan lokasi sekitar Kuching akan ditutup bermula jam 8:30 sehingga 11:30 pagi.


Laluan jalan ke 23 buah sekolah sekitar Kuching turut akan ditutup justeru ibu bapa dinasihatkan agar menghantar anak-anak ke sekolah lebih awal, sebelum jam 7 pagi.


Perlumbaan akan bermula dan berakhir di Padang Merdeka itu akan melibatkan jarak 100 kilometer.


Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Sarawak, Supritendan Alexson Naga Chabu, jalan-jalan yang bakal digunakan untuk acara ini akan mula ditutup seawal jam 7 pagi.


“Keseluruhan petugas terlibat untuk mengiringi pelumba, menjaga laluan dan simpang-simpang sepanjang perlumbaan adalah seramai 373 orang pegawai dan anggota yang terdiri daripada 162 pegawai dan anggota trafik, 87 anggota tugas am, 87 pegawai dan anggota RELA, 16 anggota DBKU dan 21 anggota MBKS.


“Jumlah ini tidak termasuk jumlah pegawai dan anggota polis yang akan menjaga keamanan di hotel-hotel, lapangan terbang, lokasi permulaan dan penamat serta lokasi-lokasi kawalan keselamatan lain,” jelasnya.


Antara 62 jalan dan lokasi yang akan ditutup adalah Jalan Tun Haji Openg, Jalan Barrack, Jalan Khoo Hun Yeang, Jalan Market, Jalan Gambier, Jalan Main Bazaar dan Jalan Tunku Abdul Rahman dan Bulatan Sri Aman.


Manakala 23 senarai jalan ditutup dan akan dibuat lencongan antaranya Lampu Isyarat RTM/Jalan Satok, Lencongan Jalan Kulas ke Jalan Muhibbah, Bulatan Sri Aman ke Padungan dan Bulatan Ban Hock ke Lampu Isyarat St Mary.


Oleh itu untuk mendapatkan senarai lengkap jalan yang ditutup atau sebarang maklumat, orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan IPK Sarawak di talian 082-274093 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di talian 082-221129.


Justeru orang ramai dinasihat untuk merancang masa perjalanan mereka sepanjang acara berlangsung dan peka dengan jalan yang ditutup serta laluan alternatif yang disediakan pihak berkuasa.



Astro Awani, 6 Februari 2020

MEDIA

RACE EXPERIENCE

INFORMATION

SOCIAL

25TH ANNIVERSARY

ARCHIVE

Organiser of PETRONAS Le Tour de Langkawi 2020. 165-5-12 Wisma Mutiara, Jalan Sungai Besi, 57100 Kuala Lumpur, Malaysia.

Copyright © 2020 Le Tour de Langkawi. All Rights Reserved. Managed by Human Voyage (M) Sdn. Bhd (733191-V).