Pakar pecut Vino Astana Motors Yevgeniy Fedorov mengungguli peringkat pertama saingan Le Tour de Langkawi (LTDL 2020) di Kuching Sarawak.
Pelumba berusia 19 tahun dari Kazakhtan terpantas di garisan penamat dengan catatan 1:50:45.
Selepas 23 tahun Sarawak kembali sebagai laluan pertama LTDL selepas kali pertama dipertandingkan pada 1997.
Walaupun menampilkan laluan pendek sebagai peringkat pertama pada edisi ke 25 ini ia tetap mencabar melalui laluan bengkang bengkok menyusuri sekitar bandar Kuching sejauh 85.6km yang bermula dan tamat di Padang Merdeka.
Majlis pelepasa 123 pelumba mewakili 29 pasukan disempurnakan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abd Rahman.
Melepasi zon 0km dua pelumba membuat breakaway away menyaksikan Federov dan pelumba Thailand Continental Team Thurakit Boonratanatanakorn meninggalkan jauh lebih 5 minit dalam Ploton belakang.
Pelumba-pelumba terus melebarkan penguasaan sehingga saingan berbaki 40km sebelum Federov membuat penamat solo 3 saat mengatasi pelumba dari Thailand itu di tangga kedua.
Tempat ketiga dimenangi pelumba Sapura Cycling Team Ahmet Orken ketinggalan 1 minit 0.7 saat.
Kejayaan Federov menguasai peringkat pertama ini menyaksikan pelumba pelapis Pro World Tour Astana Pro Team itu membolot tiga jersi utama iaitu jersi hijau (Raja Pecut), jersi putih (Terbaik Asia) dan jersi kuning (Pendahulu Keseluruhan).
Sukan Malaysia, 9 Februari 2020