top of page

Le Tour De Langkawi: Penutupan jalan di Kuching esok

Perlumbaan berbasikal Petronas Le Tour de Langkawi (LTDL) 2020 edisi ke-25 akan berlangsung di Kuching, Sarawak pada tarikh 07 Februari 2020 (Jumaat) dengan jarak perlumbaan sejauh 100 km bermula dan berakhir di Padang Merdeka, Kuching.


Perlumbaan akan bermula pada jam 0830 pagi sehingga jam 1130 pagi. Jalan-jalan yang akan dilalui oleh pelumba ini akan mula ditutup seawal jam 0700 hrs. Pelumba yang terlibat adalah dari dalam dan dari luar negara.


Disini saya akan memaklumkan berkenaan jalan-jalan yang akan dilalui, jalan-jalan yang akan ditutup atau yang dibuat lencongan serta senarai sekolah-sekolah, kampung-kampung, masjid-masjid dan premis- premis utama yang akan dilalui oleh perlumbaan ini.


Pengumuman penutupan jalan ini adalah bertujuan untuk memudahkan orang ramai mengetahui tentang jalan yang akan ditutup pada tarikh tersebut dan memudahkan orang awam membuat perancangan yang sewajarnya untuk mengelak dari terlibat dalam kesesakan lalulintas.


Senarai nama jalan yang akan dilalui adalah seperti berikut :

1. Jalan Tun Hj. Openg

2. Jalan Barrack

3. Jalan Khoo Hun Yeang

4. Jalan Market

5. Jalan Gambier

6. Jalan Main Baazar

7. Jalan Tunku Abdul Rahman

8. Jalan Abell

9. Bulatan Sri Aman

10. Jalan Central Timur

11. Lampu Isyarat Central Timur

12. Jalan Tan Sri Ong Kee Hui

13. Lampu Isyarat Crookshank / Taman Budaya

14. Civic Center

15. Lampu Isyarat Badruddin

16. Lampu Isyarat Rtm

17. Flyover Satok

18. Jambatan Satok

19. Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub

20. Bulatan Abg Hj. Kipali (Terus sehingga ke jalan Demak [Bako)

21. Bulatan Samariang

22. Jalan Tun Abd. Rahman Yaakub

23. Bulatan Sesco

24. Jalan Bako

25. Bulatan Medan Hamidah

26. Lampu Isyarat Jalan Keruing / Bako

27. Jalan Demak

28. Bulatan Bako (Demak Industrial)

29. Lampu Isyarat Pelabuhan Senari

30. Jalan Kg Bako (U Turn Kawasan Kg) (Patah balik semula ke

Pusat Bandar)

31. Lampu Isyarat Pelabuhan Senari

32. Bulatan Bako (Demak Industrial)

33. Lampu Isyarat Jalan Keruing / Bako

34. Lampu Isyarat Jalan Keruing / Bcck

35. Lampu Isyarat Jalan Keruing / Bintawa

36. Bulatan Bintawa 1

37. Bulatan Bintawa (lalu di hadapan Bp Bintawa)

38. Lampu Isyarat Merican Salleh

39. Lampu Isyarat Klinik Tanah Putih

40. Bulatan I Icom Square

41. Susur Lampu Isyarat Sekama / Pending

42. Jalan Sekama (terus sehingga ke Jalan Batu Lintang)

43. Lampu Isyarat Mendu

44. Jalan Batu Lintang

45. Lampu Isyarat hadapan Wisma Seberkas

46. Jalan Tun Abang Haji Openg

47. Lampu Isyarat Badruddin

48. Lampu Isyarat RTM

49. Lampu Isyarat Jln Haji Taha / Bawah Flyover Satok

50. Jalan Masjid (Hadapan Jalan Masjid Bahagian Kuching)

51. Bulatan Padang Pasir / P.Ramlee

52. Jalan Market

53. Jalan Gambier

54. Jalan Main Baazar

55. Jalan Tunku Abdul Rahman

56. Susur Jalan Abell / Padungan

57. Lampu Isyarat Padungan / Everise

58. Jalan Tunku Abdul Rahman

59. Jalan Lebuh Wayang

60. Jalan Main Baazar

61. Jalan Tun Abg Hj Openg (Hadapan OUB Bank di Water Front

Kuching)

62. Lampu Isyarat RTM


(*) Laluan Bil. 49 Sehingga 62 Terlibat Dengan Acara Loop X 6 Pusingan


Senarai nama jalan yang akan ditutup dan dibuat lencongan pula adalah seperti berikut : (10 lokasi)

1. Lampu Isyarat Rtm / Jalan Satok

2. Lencongan Jalan Kulas Ke Jalan Muhibbah (Hadapan BSN Satok)

/ Alternatif Ke Jalan Green

3. Lampu Isyarat Jalan Badruddin Ke Lampu Isyarat Rtm

4. Bulatan Padang Pasir (Berdekatan Masjid bahagian Kuching)

5. Lampu Isyarat Jalan Hj Taha (bawah Fly Over Satok)

6. Bulatan Sri Aman Ke Jalan Padungan

7. Lampu Isyarat Jalan Abell Ke Jalan Padungan (hadapan Hotel

Longhouse)

8. Lampu Isyarat Jalan Song Thian Cheok Ke Jalan Padungan

9. Bulatan Ban Hock Ke Lampu Isyarat St Mary

10. Lampu Isyarat Jalan St Mary / Jalan Reservoir / Mcdougall (Fata Hotel)


Senarai sekolah-sekolah yang berada di laluan perlumbaan ini (23 buah sekolah iaitu 13 Sekolah Menengah dan Kolej dan 10 buah Sekolah Rendah)

1. Sekolah Menengah Kebangsaan St Mary, Jalan Mcdougal Kuching, Sarawak

2. Sekolah Menegah Kebangsaan St Joseph, Jalan Tun Abang Haji Openg, Kuching

3. St Joseph Private School, Jalan Nagor, Off Jalan Satok, Kuching, Sarawak

4. Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah, Lorong 1, Siol Kandis, Petra Jaya, Kuching, Sarawak

5. Sekolah Kebangsaan Astana, Jalan Diplomatik Off Jalan Bako, Kg Siol Kandis, Kuching, Sarawak

6. Sekolah Menengah Kebangsaan Demak Baru, Jalan Diplomatik, Petrajaya, Kuching, Sarawak

7. Kolej Komuniti Santubong, Demak Laut Commercial Centre, Jalan Bako, Kuching, Sarawak

8. Sekolah Kebangsaan Pajar Sejingkat, Jalan Diplomatik & Jalan Bako, Sejingkat, Kuching, Sarawak.

9. Sekolah Kebangsaan Goebilt Kuching, Jalan Kampung Goebilt, Kampung Goebilt, Kuching, Sarawak

10.Sekolah Menengah Kebangsaan Bako, Jalan Bako, Kuching, Sarawak

11. Chung Hua Middle School No 1, Jalan Pending, Poh Hua Park, Kuching, Sarawak

12. Kolej Vokasional Kuching, Jalan College, Batu Lintang, Kuching, Sarawak

13.Sekolah Kebangsaan Batu Lintang, Jalan Kolej, Batu Lintang, Kuching, Sarawak

14. Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Lintang, Jalan Kolej, Batu Lintang, Kuching, Sarawak

15.Bahagian Pendidikan Guru Cawangan Sarawak, Jalan Kolej, Taman Liong Seng, Kuching, Sarawak

16.St Joseph Secondary School, Jalan Tun Abang Haji Openg, Kuching, Sarawak

17.Sekolah Menengah Kebangsaan Kuching High, Jalan Mathie, Kuching, Sarawak

18. St Teresa’s National Secondary School, Jalan Tun Abang Haji Openg, Kuching, Sarawak

19. Saint Joseph Kindergarten, Kuching, Sarawak

20.St. Thomas Secondary School, Jalan Mcdougal, Kuching,

Sarawak.

21. St Thomas Primary School, Jalan Reservoir, Kuching, Sarawak

22. Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua Kuching 1, Jalan Tabuan,

Kuching

23. Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua Middle School No. 4, Jalan Haji Taha


Senarai kampung yang akan dilalui oleh perlumbaan ini (14 buah kampung)

1. Tmn Rahmat, Jalan Tun Abd Rahman Yaakob

2. Tmn Monah, Jalan Tun Abd Rahman Yaakob

3. Tmn Farhanas, Jalan Semariang

4. Tmn Siol Raya Kpg. Demak Baru, Jalan Demak/Bako

5. Kpg Senari, Jalan Bako

6. Kpg Sg. Jenang, Jalan Bako

7. Kpg Hijrah, Jalan Bako

8. Kpg Sejingkat, Jalan Bako

9. Kpg Bako, Jalan Bako

10. Kpg Sg. Bako Jaya, Jalan Bako

11. Kpg Sg. Buda, Jalan Bako

12. Kampung Bintangor, Jalan Bintangor

13. Kampung Bintawa

14. Kpg Sg. Bako, Jalan Bako


Senarai masjid yang berada di laluan perlumbaan ini (2 Buah Masjid)

1. Masjid India Tebingan Kuching

2. Masjid Bahagian Kuching

Senarai premis-premis utama yang berada di laluan perlumbaan ini (10 lokasi)

1. Plaza Merdeka

2. Sarawak Plaza

3. Pusat Membeli Belah Tun Jugah

4. Parkson, Riverside Majestic

5. Cozy Square

6. Wisma Seberkas

7. Wisma Satok

8. Waterfront Kuching

9. India Streets

10. CS Supermarket, Padungan


Pihak polis akan menyediakan petugas-petugas yang secukupnya bagi memastikan kelancaran acara perlumbaan ini.


Jumlah petugas yang akan terlibat untuk tugas mengiringi pelumba, menjaga laluan dan simpang-simpang di sepanjang perlumbaan ini adalah seramai 373 orang pegawai dan anggota, yang terdiri daripada 162 orang pegawai dan anggota trafik, 87 anggota tugas am, 87 pegawai dan anggota RELA, 16 anggota DBKU dan 21 anggota MBKS.


Ini tidak termasuk jumlah pegawai dan anggota polis yang akan bertugas menjaga keamanan di hotel-hotel, lapangan terbang, lokasi permulaan serta penamat dan lokasi-lokasi kawalan keselamatan yang lain.


Nasihat kepada Orang Ramai


Dengan ini, saya ingin menasihatkan orang ramai yang terlibat di laluan-laluan yang telah dinyatakan di atas tadi, supaya mengetahui berkenaan tarikh, masa dan tempat bagi perlumbaan ini dan seterusnya merancang masa perjalanan mereka semasa hari perlumbaan ini berlangsung, Dan sekiranya mempunyai urusan di kawasan-kawasan tersebut atau di pusat bandaraya kuching pada pagi hari jumaat ini, sila rancangkan perjalanan dan patuhi tanda-tanda isyarat kawalan lalulintas

yang diletakkan di tepi kiri dan kanan jalan, serta arahan daripada pegawai dan anggota Polis yang bertugas.


Kerjasama daripada orang ramai yang menggunakan jalan-jalan ini amat diharapkan bagi melancarkan Perlumbaan Acara Berbasikal Antarabangsa Petronas Le Tour de Langkawi (LTDL) Tahun 2020 di Kuching Sarawak ini.


Jika ada sebarang pertanyaan lanjut berkenaan perkara ini, orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan IPK Sarawak iaitu ditalian 082- 274093 atau Pegawai Turus Kawalan Lalulintas JSPT IPK Sarawak iaitu Insp Mohamad Radzi Bin Hatta di talian 017-8040627.


Orang ramai juga boleh menghubungi ibu pejabat polis Daerah Kuching iaitu di Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di talian 082-221129.


Sekian Terima Kasih.

(ALEXSON NAGA AK CHABU) SUPT

KETUA JABATAN SIASATAN & PENGUATKUASAAN TRAFIK KONTINJEN SARAWAK


Polis Sarawak Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM Le Tour de Langkawi.


Sarawak Voice, 6 Februari 2020

bottom of page