Perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) telah memasuki edisi ke-25 penganjuran sejak dianjurkan bermula pada tahun 1996. Sepanjang 24 edisi yang lepas, Langkawi telah menjadi hos perlumbaan peringkat pertama (grand flag off) sebanyak 13 kali, dan 16 kali sebagai tuan rumah aksi penutup pada peringkat akhir.
Petronas Le Tour de Langkawi LTdL 2020
Tarikh: 07 - 14 Februari 2020
Slogan: Sport Unite, Cycling Contributes
PETRONAS LTdL 2020 telah diiktiraf dalam kategori ProSeries oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI). Saingan edisi ke-25 itu dijadualkan dari 7 hingga 14 Februari dengan membabitkan 8 peringkat perlumbaan membabitkan lapan negeri termasuk Sarawak, Terengganu, Pahang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Selangor, Perak , Penang dan Kedah, meliputi jarak keseluruhan sejauh 1095.7km.
Acara rasmi Pengenalan Pasukan akan berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah pada 5 Februari 2020.
Sempena sambutan Jubli Perak 25 Tahun LTdL 2020, pihak penganjur telah mengadakan dia perlumbaan khas iaitu:
1. 06 Februari 2020 - The International Criterium, Kota Kinabalu, Sabah
2. 15 Februari 2020 - The Malaysian Classic - Race of The Champions, Langkawi, Kedah.