KUALA KUBU BHARU, 12 FEBRUARI 2020 – Pekan Kuala Kubu Bharu telah dijadikan lokasi pelepasan Le Tour De Langkawi 2020-Stage 5 pada 11 Februari 2020. Perlumbaan ini melibatkan jarak sejauh 165.8 KM dari Kuala Kubu Bharu – Meru Jaya, Ipoh. Kejohanan yang telah memasuki tahun ke 25 ini disertai oleh 21 pasukan professional dari seluruh dunia. Majlis Pelepasan ini dilakukan oleh YBhg Tuan Mohd Khairuddin bin Othman, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor. Turut hadir ke majlis tersebut adalah Pengarah,Timbalan Pengarah Sukan dan Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.
Disediakan oleh: Mohd Dzulfahmi Bin Mohd Tahar, Bahagian Pembangunan Sukan