LE TOUR DE LANGKAWI 2020 : RANGKUMAN PERINGKAT KEEMPAT PUTRAJAYA – GENTING HIGHLAND

Pelumba pasukan Sapura Cycling Team Nur Aiman Zariff cipta sejarah baru Le Tour de Langkawi (LTDL 2020) apabila menjadi atlet kebangsaan pertama menyarung jersi merah raja bukit pada penamat di Genting Highland.


Nur Aiman mencetus sensasi pada peringkat keempat saingan LTDL 2020 yang bermula dari Putrajaya dan tamat di Genting Highland sejauh 156.1 km.


Ia membolehkan Nur Aiman cemerlang meraih mata tertinggi di 5 daripada zon mendaki di Ampang, Selayang dan Rawang untuk mengumpul 30 mata dalam senarai terdahulu raja bukit 15 mata mengatasi pencabar terdekat Kevin Revira Serrano dari pasukan Androni Giocattoli – Sidermec di tempat kedua.


Dua kejayaan yang dikecapi pasukan Sapura selepas penamat peringkat keempat di Genting Highland menyaksikan pakar mendaki Delino Celano dari Itali merampas jersi kuning dari pendahulu Yevgeniy Fedorov dari pasukan Vino Astana dengan kelebihan 30 saat.


Saingan peringkat keempat bermula penuh meriah di hadapan bangunan Perbadanan Putrajaya pagi tadi dan merupakan peringkat paling mencabar dengan laluan mendaki setinggi 1600 meter dari aras laut berakhir di Genting Highland.


Majlis pelepasan 120 pelumba dari dari 21 pasukan disempurnakan presiden Perbadanan Putrajaya Datuk Aminuddin.


Selain tumpuan terarah kepada Genting Highland peringkat ini turut menawarkan empat zon mendaki yang menyaksikan penyandang jersi merah raja bukit Nur Aiman Mohd Zariff dari pasukan Sapura Cycling Team mengungguli tiga zon mendaki untuk mengutip 12 mata.


Asakan awal kelompok besar menyaksikan 14 pelumba mula membuat breakaway ketika saingan baru memasuki 40 km.


Namun pelaton belakang mula memberi saingan untuk mengecilkan jurang masa kepada 30 saat.


Ketika pendakian ke Genting Highland berbaki kepada 10 km pakar mendaki mula mencipta breakaway menyaksikan Delino Celano berada dalam kelompok hadapan bersama rakan sepasukan.


Namun Kevin Revira Serrano kembali memintas pada baki 500 meter menuju garisan penamat sebelum muncul pelumba terpantas di garisan penamat dengan catatan masa rasmi 4:18: 55 saat.


Kejayaan Serrano menawan puncak Genting Highland bagaimanapun gagal merampas jersi kuning pendahulu yang menjadi milik Cerano dari Sapura Cycling Team yang menamatkan perlumbaan di tempat pertama.


Jersi biru raja pecut kekal menjadi milik pasukan NTT Pro Cycling dan jersi putih terbaik Asia masih dimiliki Faderov manakala jersi merah menjadi penguasaan Nur Aiman Zariff dari pasukan Sapura Cycling Team.



Sukan Malaysia, 10 Februari 2020

MEDIA

RACE EXPERIENCE

INFORMATION

SOCIAL

25TH ANNIVERSARY

ARCHIVE

Organiser of PETRONAS Le Tour de Langkawi 2020. 165-5-12 Wisma Mutiara, Jalan Sungai Besi, 57100 Kuala Lumpur, Malaysia.

Copyright © 2020 Le Tour de Langkawi. All Rights Reserved. Managed by Human Voyage (M) Sdn. Bhd (733191-V).