Kuching antara lokasi Jelajah Le Tour De Langkawi 2020

Bandaraya Kuching antara yang dipilih untuk perlumbaan berbasikal antarabangsa Le Tour De Langkawi 2020 edisi Ke-25 yang akan berlangsung pada 7 Febuari ini.


Perlumbaan tersebut akan bermula jam 8.30 pagi yang mana garisan permulaan dan tamat bakal berlangsung di Padang Merdeka Kuching.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Supritendan Alexson Naga Chabu berkata, jarak perlumbaan tersebut adalah sejauh 100 kilometer dan akan melalui beberapa jalan raya, kampung-kampung, masjid, sekolah, dan premis-premis.


Menurut beliau, jalan-jalan dan lalulintas yang akan dilalui oleh para pelumba akan ditutup ataupun dibuat lencongan bagi mengelak daripada berlakunya kemalangan dan mengurangkan kesesakan lalulintas.


“Kita akan menutup atau membuat lencongan jalan yang dilalui bagi melancarkan perlumbaan tersebut.


“Diharap orang ramai akan memberi kerjasama yang baik sekali gus memeriahkan Kejohanan Le Tour De Langkawi 2020 kali ini,” ujar beliau ketika sidang media di Kuching hari ini.


Tambah beliau, seramai 22 kumpulan akan terlibat dalam perlumbaan tersebut yang datang dari dalam dan luar negara.


Selain Kuching, Le Tour De Langkawi 2020 turut beraksi di Sabah pada 6 Februari, Terengganu (8 Februari), Kuala Lumpur (9 Februari) dan Perak (11 Febuari).


Lokasi lain termasuk di Pulau Pinang pada12 Februari, Kedah (13 Februari) dan penamat perlumbaan di Langkawi pada 15 Februari.


Sebagai rekod, Kuching pernah menjadi medan perlumbaan pada Jelajah Le Tour De Langkawi ialah pada tahun 1997.


malaysiadateline.com, 31 Januari 2020



MEDIA

RACE EXPERIENCE

INFORMATION

SOCIAL

25TH ANNIVERSARY

ARCHIVE

Organiser of PETRONAS Le Tour de Langkawi 2020. 165-5-12 Wisma Mutiara, Jalan Sungai Besi, 57100 Kuala Lumpur, Malaysia.

Copyright © 2020 Le Tour de Langkawi. All Rights Reserved. Managed by Human Voyage (M) Sdn. Bhd (733191-V).