Kriterium LTdL: TSG tidak akan simpan taring

Tiada istilah "simpan taring" buat Terengganu Cycling Team (TSG), yang tetap akan mempertaruhkan segala kudrat dalam perlumbaan kriterium di Kota Kinabalu esok biarpun ia hanya saingan praperlumbaan Le Tour de Langkawi 2020.


Perlumbaan di Padang Merdeka, Kota kinabalu itu akan meliputi jarak sekauh 90 kilometer.


Walaupun sekadar perlumbaan pembuka saingan, ia turut menawarkan mata ranking Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) dan wang kemenangan RM27,000.


Pelumba TSG, Harrif Salleh, menegaskan pasukannya tetapm akan mengambil serius perlumbaan itu biarpun saingan sebenar LTdL hanya akan bermula di Kuching sehari kemudian.


"Saya memang akan fokus 100 peratus dalam setiap perlumbaan.


"Tidak kira dalam kriterium atau perlumbaan jelajah.


"Bagi saya, untuk mendapatkan sesuatu (dalam perlumbaan itu), saya sememangnya tiada tekanan


"Kalau boleh saya nak buat yang terbaik dalam perlumbaan kriterium ini," katanya.


TSG juga menyasarkan kutipan mata bagi memperbaiki kedudukan mereka dalam ranking Jelajah Asia UCI.


Setakat ini, pasukan yang berpangkalan di Terengganu itu menduduki tangga kedua dengan 281 mata.


Tempat pertama diisi oleh satu lagi pasukan dari Malaysia, Team Sapura Cycling (TSC).


"Tekanan tidak rasa sangat sebab saya sudah menang (peringkat) tahun lalu.


"Tetapi kalau saya dapat satu lagi podium tahun ini, ia memang satu bonus.


"Insya-Allah, saya akan mencuba untuk mengulangi pencapaian tahun lalu itu," tambahnya.



Stadium Astro, 5 Februari 2020


MEDIA

RACE EXPERIENCE

INFORMATION

SOCIAL

25TH ANNIVERSARY

ARCHIVE

Organiser of PETRONAS Le Tour de Langkawi 2020. 165-5-12 Wisma Mutiara, Jalan Sungai Besi, 57100 Kuala Lumpur, Malaysia.

Copyright © 2020 Le Tour de Langkawi. All Rights Reserved. Managed by Human Voyage (M) Sdn. Bhd (733191-V).