KOTA KINABALU PEMBUKA TIRAI PERLUMBAAN LE TOUR DE LANGKAWI 2020

KOTA KINABALU: Buat kali pertama Sabah diberikan penghormatan selaku venue pembuka tirai perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTDL) 2020.


Perlumbaan bertaraf antarabangsa itu menyaksikan penyertaan seramai 133 pelumba daripada 21 pasukan dari seluruh negara termasuk pasukan kebangsaan, enam pasukan World Tour Pro Team dan 15 pasukan Pro-Kontinental dan Asia Tour Kontinental.


‘Kita berbesar hati apabila penganjur LTDL 2020 iaitu Human Voyage sudi membawa perlumbaan berprestif ini ke Sabah khususnya di Kota Kinabalu dan ini adalah peluang warga bandaraya ini untuk menyaksikan aksi pelumba bertaraf dunia bersaing dalam LTDL di negeri ini.


“Sudah tentu program ini akan terus mempromosikan Sabah ke seluruh dunia dan ia akan menggalakkan sektor pelancongan sukan yang selama ini kita usahakan,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di sini, hari ini.


Dalam kunjungan itu turut disertai Ketua Pegawai Operasi Human Voyage, Shahaizereen A Hamid.


Jin Zhe berkata pihaknya telah memaklumkan dan memberikan taklimat kepada Mohd Shafie berkaitan operasi dan perlumbaan edisi ke-25 LTDL 2020 di Sabah untuk Kota Kinabalu Criterium International sejauh 86.7 kilometer pada Khamis ini.


Mengenai kebimbangan warga kota yang bakal berdepan dengan isu kesesakan lalu lintas sepanjang perlumbaan itu, beliau berkata pihaknya serta penganjur menyedari keadaan itu, justeru menasihati orang ramai agar menggunakan laluan lain untuk memasuki bandar raya Kota Kinabalu.


Laluan LTDL 2020 di Kota Kinabalu akan bermula di Padang Merdeka – Jalan KK Bypass – Bulatan Capitol – Jalan Tunku Abdul Rahman – Jalan Tuaran – Simpang Dah Yeh VIlla – Jalan Kompleks Sukan – Bulatan Stadium Likas – Jalan Istiadat – Jalan Tun Fuad Stephen – Bulatan Perkasa – Jalan KK By-pass.


Sementara itu Shahaizereen berkata selepas Kota Kinabalu, perlumbaan itu bakal memulakan peringkat pertama pertandingan LTDL 2020 di Kuching, Sarawak.


“Selepas Kuching kita akan ke Terengganu, Kuala Lumpur, Perak, Kedah dan Langkawi selaku ‘venue’ perlumbaan terakhir,” katanya.


Dalam pada itu katanya dua pasukan China mengesahkan penarikan diri daripada LTDL kali ini ekoran kebimbangan wabak Coronavirus di negara itu.



SabahNewsToday, 4 Februari 2020

MEDIA

RACE EXPERIENCE

INFORMATION

SOCIAL

25TH ANNIVERSARY

ARCHIVE

Organiser of PETRONAS Le Tour de Langkawi 2020. 165-5-12 Wisma Mutiara, Jalan Sungai Besi, 57100 Kuala Lumpur, Malaysia.

Copyright © 2020 Le Tour de Langkawi. All Rights Reserved. Managed by Human Voyage (M) Sdn. Bhd (733191-V).