top of page

Kerah kudrat tenaga muda

Kuala Lumpur Petronas LTdL 2020 akan membuka tirainya dengan majlis pengenalan rasmi pasukan di Kota Kinabalu, Sabah pada 5 Februari sebelum Peringkat 1 dimulakan di Padang Merdeka di Kuching, Sarawak pada 7 Februari.


DUA kali dipintas pada saat akhir, pasukan benua dari Australia, St George Continental Team akan mempertaruhkan pakar pecut muda untuk mencapai kemenangan mutlak pada saingan Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020.


Tidak hairanlah, pasukan yang ditubuhkan pada 2015 dan dibimbing Brett Dutton ini menyenaraikan empat muka lama yang pernah beraksi musim lalu dalam usaha mereka mengejar kemenangan peringkat dan memperbaiki kedudukan individu keseluruhan berbanding edisi 2019.


Mengetuai cabaran individu keseluruhan pula adalah dua pendaki yang turut beraksi pada LTdL 2019 lalu iaitu pelumba berpengalaman berusia 28 tahun dari Australia, Vink yang sudah tiga tahun bersama St George dan Zenovich, bagi mengambil alih tempat rakan sepasukan Timothy Cameron yang tidak disenaraikan dalam LTdL kali ini.


Petronas LTdL 2020 akan membuka tirainya dengan majlis pengenalan rasmi pasukan di Kota Kinabalu, Sabah pada 5 Februari sebelum Peringkat 1 dimulakan di Padang Merdeka di Kuching, Sarawak pada 7 Februari.


Headtopics.com, 30 January 2020 @ 6:01 AM

bottom of page