top of page

Jones tawan Peringkat 2 LTdL

KERTEH: Pelumba Ara Pro Cycling Sunshine Coast, Taj Jones memenangi Peringkat 2 PETRONAS Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 dari Kuala Terengganu ke Kerteh, sebentar tadi.


Jones melengkapkan laluan sejauh 175 kilometer (km) itu dengan catatan penamat beramai-ramai, empat jam 5 minit 29 saat.


Pemenang Peringkat 1 semalam, Yevgeniy Fedorov mempertahankan jersi kuning PETRONAS (pendahulu keseluruhan), jersi hijau PETRONAS (Raja Pecut) dan putih (pelumba terbaik Asia).


Harrif Saleh dari Terengganu Cycling Team (TSG) muncul pelumba terbaik Malaysia apabila menamatkan saingan di tempat kelima.


#PETRONASLTDL2020

#PengejarImpian



Berita Harian, 8 Februari 2020

bottom of page