top of page

Jones juara peringkat 2

TAJ Jones dari pasukan Ara Pro Racing Sunshine Coast muncul pemenang peringkat 2 PETRONAS Le Tour de Langkawi (LTdL) dari Kuala Terengganu ke Kerteh dengan catatan empat jam 05 minit 29 saat.


Tempat kedua dikuasai Maximilian Walsceid dari NTT Team dan Jeremy Lecroq (B&B Hotel Vital Concept) melengkapkan kedudukan podium.


Pada saingan yang menawarkan laluan paling panjang pada edisi kali ini iaitu sejauh 175.5 km, Mohd Harrif Saleh dari Terengganu Cycling muncul pelumba terbaik Malaysia apabila menamatkan saingan dikedudukan kelima.



Harian Metro, 8 Februari 2020

bottom of page