Harrif Salleh Tempa Sejarah Menjadi Pelumba Asia Pertama Menang 3 Perlumbaan LTDL

Pelumba basikal negara, Harrif Salleh telah menempa sejarah tersendiri apabila menjadi pelumba Asia Pertama memenangi 3 perlumbaan di Le Tour De Langkawi(LTDL) 2020.


Harrif Salleh yang merupakan pelumba pasukan Terengganu Cycling Team(TSG), memenangi perlumbaan peringkat ketujuh dengan catatan masa 2 jam 53 minit 18 saat.


Perlumbaan peringkat ketujuh ini sejauh 130.4 kilometer(KM) bermula dari Bagan, Pulau Pinang dan berakhir di Alor Setar Kedah.


Mengiringi Harrif Salleh ditempat kedua adalah pelumba pasukan Bardiani CSF Faizane, Matteo Pelucchi dan ditempat ketiga Taj Jones daripada pasukan Ara Pro Racing Sunshine Coast.


Sebelum ini di Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 yang memasuki edisi ke-25, pelumba berasal daripada Terengganu itu telah memenangi perlumbaan peringkat kelima.


Kemenangan perlumbaan peringkat kelima sejauh 165.8 kilometer(KM) dari Kuala Kubu Bharu, Selangor ke Ipoh, Perak diraih dengan masa 3 jam 39 minit 42 saat.


Pada edisi ke-24 Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019, Harrif Salleh telah menamatkan penantian sembilan tahun untuk pelumba Malasia menjadi pemenang peringkat.


Kemenangan pertama Harrif Salleh diraih pada saingan peringkat kedua dari Senawang ke Dataran Pahlawan, Bandaraya Melaka sejauh 200.6 kilometer dengan catatan masa 4 jam 53 minit 20 saat.


Anuar Manan menjadi pelumba Malaysia pertama menjadi juara peringkat saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) di Port Dickson pada tahun 2010.


Inilah kata-kata Harrif Salleh selepas muncul juara peringkat ketujuh yang merupakan kemenangan ketiga beliau dalam perlumbaan LTDL.


“Saye pun tak tahu nak kate gane rase, memang teramat-amat rase bangga, selama usaha saye sebelum-sebelum ini.”


“Harini tuhang bagi rezeki, Alhamdulillah. Kepok ade, budu ade, bahang belake.”


Harrif Salleh Juara 3 Peringkat:


1. Peringkat 5, Le Tour De Langkawi(LTDL) 2020, Kuala Kubu Bharu, Selangor – Ipoh, Perak, 165.8 kilometer(KM), 3 jam 39 minit 42 saat.


2. Peringkat 7, Le Tour De Langkawi(LTDL) 2020, Bagan, Pulau Pinang – Alor Setar Kedah, 130.4 kilometer(KM), 2 jam 53 minit 18 saat.


3. Peringkat 2, Le Tour De Langkawi(LTDL) 2019, Senawang, Negeri Sembilan – Dataran Pahlawan, Bandaraya Melaka, 200.6 kilometer(KM), 4 jam 53 minit 20 saat.



sukan.my, 14 Februari 2020



MEDIA

RACE EXPERIENCE

INFORMATION

SOCIAL

25TH ANNIVERSARY

ARCHIVE

Organiser of PETRONAS Le Tour de Langkawi 2020. 165-5-12 Wisma Mutiara, Jalan Sungai Besi, 57100 Kuala Lumpur, Malaysia.

Copyright © 2020 Le Tour de Langkawi. All Rights Reserved. Managed by Human Voyage (M) Sdn. Bhd (733191-V).