top of page

Harrif juara Peringkat 5 LTdL

IPOH: Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Harrif Saleh memenangi Peringkat 5 PETRONAS Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 dari Kuala Kubu Bharu ke Ipoh, sebentar tadi.


Harrif menamatkan perlumbaan sejauh 165.8 kilometer (km) itu menerusi pecutan penamat beramai-ramai dengan masa 3 jam 39 minit 42 saat.


Tempat kedua menjadi milik pelumba NTT Cycling Team, Max Walscheid manakala Matteo Pelucchi (Bardiani CSF Faizane) melengkapkan pentas podium.



Berita Harian, 11 Februari 2020

bottom of page