top of page

Hariff menang Peringkat 7

ALOR SETAR: Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Harrif Saleh melakar kemenangan keduanya pada edisi ke-25 PETRONAS Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020, sebentar tadi.


Harrif memenangi Peringkat 7 sejauh 130.4 kilometer (km) dari Bagan ke Alor Setar dengan catatan dua jam 53 minit 18 saat dalam perlumbaan yang menyaksikan penamat beramai-ramai itu.


Tempat kedua menjadi milik Matteo Pelucchi dari pasukan Bardiani CSF Faizane manakala Taj Jones (Ara Pro Racing Sunshine Coast) melengkapkan pentas podium.


Terdahulu, Harrif memenangi Peringkat 5 dari Kuala Kubu Bharu ke Ipoh, Selasa lalu.



Berita Harian, 14 Februari 2020

bottom of page