LTdL dinaik taraf ke status ProSeries

Status perlumbaan jelajah berbasikal terbesar di Asia Tenggara, Le Tour de Langkawi kembali hangat diperkatakan selepas penganjurnya, Human Voyage mengesahkan, status perlumbaan itu bukan diturunkan ke kelas 2.1 sebelum yang diwar warkan sebelum ini.


Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) sebaliknya telah menaikkan taraf LTdL bagi edisi 2020, kepada perlumbaan berstatus Pro Series.


Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Wahab menjelaskan, selepas mengambil kira semula pertimbangan dan alasan daripada pihaknya, UCI memutuskan untuk meminda semula keputusan tersebut.


“Selepas kita balik dari kongress UCI pada 9 Oktober lalu, kita mendapat surat daripada UCI. Mereka telah membuat pertimbangan daripada ‘UCI Management Board’ bahawa LTdL akan dinaikkan ke Pro Series,”kata Abu Samah.


Beliau juga mengharapkn pihak penganjur, Human Voyage untuk memenuhi segala kriteria yang telah ditetapkan oleh UCI jika mahu mengekalkan perlumbaan berstatus Pro Series.


Malah, sebagai perancangan untuk edisi ke 25 tahun depan, PKBM juga telah menghantar permohonan kepada UCI untuk menambah dua lagi peringkat perlumbaan dan bakal melibatkan negeri Sabah dan Sarawak.


“Kita mohon 10 hari untuk pergi ke Sabah dan Sarawak. Tetapi ia tertakluk kepada UCI untuk memutuskannya dan KBS telah memberi restu dan bagi PKBM, kami tiada masalah untuknya,”tambahnya lagi.


Antara kriteria yang ditetapkan oleh UCI bagi perlumbaan status Pro Series adalah mendapatkan sekurang kurangnya enam pelumba berstatus Pro Tour selain liputan media antarabangsa.


Tambahnya lagi, tarikh perlumbaan bagi perlumbaan edisi ke 25 tahun depan djadualkan berlangsung dari 6 ke 15 Februari 2020.


Pada 26 September, PKBM menerusi Datuk Amarjit Singh mengesahkan UCI telah menurunkan status perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) daripada 2.HC (Hors) kepada 2.1


Pada 2018, Malaysia berusaha untuk menambah jumlah peringkat perlumbaan bagi LTdL, namun ditolak oleh UCI atas faktor jadual perlumbaan yang padat diseluruh dunia.

MEDIA

RACE EXPERIENCE

INFORMATION

SOCIAL

25TH ANNIVERSARY

ARCHIVE

Organiser of PETRONAS Le Tour de Langkawi 2020. 165-5-12 Wisma Mutiara, Jalan Sungai Besi, 57100 Kuala Lumpur, Malaysia.

Copyright © 2020 Le Tour de Langkawi. All Rights Reserved. Managed by Human Voyage (M) Sdn. Bhd (733191-V).