Genting Taja Petronas Le Tour de Langkawi

PUTRAJAYA, 31 Jan (Berita RTM) – Genting Malaysia Berhad tampil selaku penaja rasmi bagi perlumbaan PETRONAS Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 dengan jumlah tajaan sebanyak RM5 juta.


Jelas Ketua Pegawai Operasi Human Voyage, Shahizereen A Hamid, penajaan jelajah edisi ke-25 telah melebihi sasaran awal iaitu RM 10 juta.


Majlis memperkenal penaja utama bagi perlumbaan edisi ke-25 ini dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.


Genting Highlands kembali disenarai sebagai penaja pada tahun lalu selepas tidak tersenarai selama empat tahun.


Seramai 132 pelumba daripada 22 pasukan dijangka menyertai Jelajah LTDL musim ini termasuk pasukan jelajah dunia, pro benua dan Benua dari Eropah, Asia, Oceania, Afrika dan Amerika Syarikat.


Perlumbaan 8 peringkat ini berlangsung dari 6 hingga 15 Februari meliputi jarak 1,114.9 kilometer.

Independent.my, 31 Januari 2020

MEDIA

RACE EXPERIENCE

INFORMATION

SOCIAL

25TH ANNIVERSARY

ARCHIVE

Organiser of PETRONAS Le Tour de Langkawi 2020. 165-5-12 Wisma Mutiara, Jalan Sungai Besi, 57100 Kuala Lumpur, Malaysia.

Copyright © 2020 Le Tour de Langkawi. All Rights Reserved. Managed by Human Voyage (M) Sdn. Bhd (733191-V).