top of page

Fedorov ungguli Peringkat 1 LTdL 2020

KUCHING: Pelumba Vino Astana Motor, Yevgeniy Fedorov muncul pemenang Peringkat 1 PETRONAS Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 di Kuching, Sarawak dengan catatan masa 1 jam 51 minit 01 saat, sebentar tadi.


Thurakit Boonratana dari pasukan Thailand Continental Cycling Team muncul kedua (+0.03s) manakala Ahmet Orken (Team Sapura Cycling) melengkapkan pentas podium dengan catatan, 1:52.18s.


Peringkat 1 sejauh 85. 6 kilometer (km) itu turut menyaksikan Fedorov menyarung tiga jersi utama, PETRONAS Jersi Kuning (pendahulu keseluruhan), PETRONAS Jersi Hijau (pecut) dan putih (pelumba terbaik Asia).


#PETRONASLTDL2020

#PengejarImpian



Berita Harian, 7 Februari 2020

bottom of page