KERTEH: Pemegang jersi kuning PETRONAS, Yevgeniy Fedorov gembira dapat mengekalkan ketiga-tiga jersi dalam kayuhan Peringkat 2 PETRONAS Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 dari Kuala Terengganu ke Kerteh, hari ini.
Pelumba Kazakhstan mewakili pasukan Vino Astana Motors itu bagaimanapun tidak mampu memberi jaminan mampu mengekalkan ketiga-tiga jersi itu selepas ini.
Selain jersi utama itu, Fedorov turut mengekalkan jersi hijau (Raja Pecut) dan putih (pelumba terbaik Asia) tatkala saingan semakin mencabar esok dengan Peringkat 3 dijadual berlangsung sejauh 162.5 kilometer (km) dari Temerloh ke Kuala Lumpur - menyaksikan setiap pelumba harus melalui tiga zon pendakian dan tiga zon pecutan.
"Satu peringkat yang sukar hari ini tetapi kami berada dalam kelompok sama di sepanjang perlumbaan dan saya gembira kerana masih mampu mengekalkan jersi ini," kata Fedorov.
Peringkat 2 dari Kuala Terengganu ke Kerteh itu yang juga laluan terpanjang dalam kalendar PETRONAS LTdL 2020 membabitkan laluan sepanjang 175.5km - dimenangi pelumba muda Australia, Taj Jones (Ara Pro Racing Sunshine Coast) dengan catatan empat jam lima minit 29 saat.
Begitupun, kayuhannya itu masih belum dapat mengatasi Fedorov yang berada di puncak carta keseluruhan Jersi Kuning PETRONAS dengan catatan 5:56:14s, 1:23s mengatasi Jones yang kini berada di tempat ketiga. Pelumba Thailand, Thurakit Boonratanathanakorn (Thailand Continental Cycling team) berada di tangga kedua, 5:56:23s.
KEPUTUSAN
10 PELUMBA TERBAIK PERINGKAT 2
1.Taj Jones (AUS) - Ara Pro Racing Sunshine Coast - 4 jam lima minit dan 29 saat
2.Maximilian Richard Walscheid (GER) - NTT Pro Cycling - “
3,Jeremy Lecroq (FRA) - B&B Hotels-Vital Concept - “
4.Riccardo Minali (ITA) - Nippo Delko Provence - “
5.MOHD HARRIF SALEH (MAS) - Terengganu Inc. TSG Cycling Team - “
6.Matteo Pelucchi (ITA) - Bardiani CSF Fanzane - “
7.Tristan Ward (AUS) - Team Bridgelane - “
8.Gergios Bouglas (GRE) - Ssois Miogee Cycling Team - “
9.Luca Pacioni (ITA) - Androni Giocatolli-Sidermec - “
10.Keigo Kusaba (JPN) - Aisan Racing Team - “
(NOTA: Komisar perlumbaan merekodkan catatan masa yang sama selepas pelumba menamatkan saingan dalam kelompok).
PENDAHULU KESELURUHAN (JERSI KUNING)
1.Yevgeniy Fedorov (KAZ) - Vino-Astana Motors - 5:56:14s
2.Thurakit Boonratanathanakorn (THA) - Thailand Continental - 5:56:23s
3.Taj Jones (AUS) - Ara Pro Racing Sunshine Coast - 5:57:37s
RAJA PECUT (JERSI HIJAU)
1.Yevgeniy Fedorov (KAZ) - Vino-Astana Motors - 21 mata
2.Taj Jones (AUS) - Ara Pro Racing Sunshine Coast - 19
3.Maximilian Richard Walscheid (GER) NTT Pro Cycling - 19
PELUMBA TERBAIK ASIA (JERSI PUTIH)
1.Yevgeniy Fedorov (KAZ) - Vino-Astana Motors - 5:56:14s
2.Thurakit Boonratanathanakorn (THA) - Thailand Continental -5:56:23s
3.MUHAMAD NUR AIMAN MOHD ZARIFF (MAS) - TSC - 5:57.38s
Berita Harian, 8 Februari 2020