Celano, Orken tonggak TSC

DUA muka baru, Danilo Celano dan Ahmet Orken menjadi sandaran utama Team Sapura Cycling (TSC) untuk meraih pencapaian cemerlang pada perlumbaan Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020.


Baik Celano mahupun Orken, kedua-duanya mempunyai reputasi hebat dengan Celano pakar bukit manakala Orken pakar pecut.


"Kedua-dua pelumba itu sudah pun berada di sini sejak 10 hari lalu. Mereka mula menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca serta laluan. Mereka mempunyai pengalaman luas dengan Celano diharapkan mampu mempertahankan jersi kuning.


“Selain itu kami juga berharap Orken dapat membuktikan kemampuannya di zon pecutan. Barisan pelumba tempatan juga berada pada prestasi terbaik dan diharap dapat membantu pasukan," kata pengurus pasukan TSC, Sayuti Zahit.


Celano yang berusia 30 tahun dan berasal dari Itali mempunyai pengalaman luas di pentas antarabangsa. Antara pencapaian terbesarnya ketiga keseluruhan Tour of Almaty dan memenangi salah satu peringkat perlumbaan saingan itu.


Manakala Orken yang berasal dari Turki pula gah dengan pencapaian juara kebangsaan sebanyak enam kali ujian masa individu dan memenangi tiga peringkat perlumbaan Tour of Qinghai Lake.


Sementara itu, Sayuti berkata kesemua pelumba sudah diberi pendedahan awal meninjau beberapa laluan LTdL pada edisi kali ini.


"Kami berharap dengan persediaan awal ini dapat membantu barisan pelumba menyesuaikan diri lebih cepat pada perlumbaan nanti," katanya.



Harian Metro, 31 January 2020 @ 10:17 PM

MEDIA

RACE EXPERIENCE

INFORMATION

SOCIAL

25TH ANNIVERSARY

ARCHIVE

Organiser of PETRONAS Le Tour de Langkawi 2020. 165-5-12 Wisma Mutiara, Jalan Sungai Besi, 57100 Kuala Lumpur, Malaysia.

Copyright © 2020 Le Tour de Langkawi. All Rights Reserved. Managed by Human Voyage (M) Sdn. Bhd (733191-V).