top of page

Berikut Adalah Laluan-Laluan Di Kuching Yang Akan Disekat Sempena Le Tour de Langkawi Ke-25

Berikut Adalah Laluan-Laluan Di Kuching Yang Akan Disekat Sempena Le Tour De Langkawi Ke-25. Selepas 23 tahun, Le Tour de Langkawi atau LTdL edisi 2020, kembali ke bumi Sabah dan Sarawak. Selain di Sabah, LTdL akan berlangsung di beberapa laluan di Kuching, di mana Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Supt. Alexson Naga Chabu telah mengumum kepada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Sarawak sebanyak sepuluh lokasi telah dikenal pasti untuk penutupan jalan secara berfasa antara jam 7 pagi hingga 11:30 pagi.


Pengguna jalan dinasihatkan untuk merancang perjalanan ketika menuju ke pusat bandar pada 7 Februari.


Selain anggota polis, dewan tempatan dan anggota rela juga turut akan bertugas semasa LTdL untuk mengawal dan memudahkan aliran lalu lintas. Mereka yang perlu menuju ke pusat bandar harus mematuhi tanda-tanda dan arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa.


Sebanyak 23 sekolah, 14 kampung dan sepuluh premis utama seperti Plaza Merdeka, Wisma Satok dan Kuching Waterfront terletak di sepanjang laluan yang bakal disekat.


Berikut Adalah Laluan-Laluan Di Kuching Yang Akan Disekat Sempena Le Tour de Langkawi Ke-25


Laluan Yang Disekat


Padang Merdeka (permulaan dan penghabisan)

Jalan Barrack

Jalan Khoo Hun Yeang

Jalan Open Air Market

Jalan Gambier

Jalan Main Baazar

Jalan Tunku Abdul Rahman

Jalan Abell

Bulatan Sri Aman

Jalan Central Timur

Jalan Tan Sri Ong Kee Hui

Persimpangan lampu isyarat Taman Budaya/the Crookshank

Civic Centre

Lampu isyarat Jalan Badruddin

Lampu isyarat RTM,

Satok Flyover

Jambatan Satok

Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub

Bulatan Abang Haji Kipali

Bulatan Samariang

Bulatan Sesco

Jalan Bako

lampu isyarat Senari Port

Jalan Kampung Bako


Penunggang akan membuat satu pusingan U selepas lalui jalan-jalan ini dan bergerak ke garisan penamat iaitu di Padang Merdeka.


Menjelang garisan penamat di Padang Merdeka, penutupan dan lencongan jalan akan dijalankan di:


Lampu isyarat Senari Port

Bulatan Bako

Jalan Keruing/lampu isyarat Bako

Jalan Keruing/lampu isyarat BCCK

Jalan Keruing/lampu isyarat Bintawa

Bulatan Bintawa 1

Bulatan Bintawa

Lampu isyarat Merican Salleh

Lampu isyarat Klinik Tanah Putih

Bulatan i-Com Square

Sekama/lampu isyarat Pending

Lampu isyarat Mendu

Jalan Batu Lintang

Lampu isyarat Wisma Saberkas

Lampu isyarat Badruddin

Lampu isyarat RTM

Lampu isyarat Jalan Haji Taha (dibawah Satok flyover)

Bulatan Padang Pasir

Jalan Open Air Market

Jalan Gambier

Jalan Main Bazaar

Jalan Tunku Abdul Rahman

Jalan Lebuh Wayang

Jalan Main Baazar

Jalan Tun Abang Haji Openg

Lampu isyarat RTM


Kawasan-kawasan yang akan terlibat adalah:


RTM/lampu isyarat Jalan Satok

Jalan Kulas

Lampu isyarat dari Jalan Badruddin ke arah RTM

Bulatan Padang Pasir

Bulatan Jalan Haji Taha

Bulatan Sri Aman ke arah Jalan Padungan

Lampu isyarat Jalan Abell ke Jalan Padungan

Jalan Song Thian Cheok ke Jalan Padungan

Bulatan Ban Hock ke lampu isyarat berdepan SK ST. Mary

Penutupan dan lencongan jalan raya akan ditarik balik apabila peserta telah lalui laluan-laluan tersebut.


Jangan lupa untuk merancang perjalanan anda sebelum menuju ke pusat bandar untuk mengelak terjebak dalam kesesakan jalan raya!


Cerita Borneo, 30 Januari 2020

bottom of page